Membaca


Isnin 20 April 2015

Topik : Induksi

Para pelajar arif budiman,

Berikut merupakan tugasan kelas bagi aktiviti induksi.

1.  Sila rujuk pada lagu yang dimainkan di dalam kelas.

2.  Hayati lagu tersebut - Apakah tema / cerita / mesej di sebalik lagu?  Apakah kata-kata kunci yang digunakan untuk sampaikan tema / cerita / mesej?

3.  Setiap pelajar harus bekerja secara berkumpulan dan hasilkan peta minda secara dalam talian (online).  Ahli kumpulan diberikan kebebasan untuk memilih aplikasi yang sesuai.  Tanpa berbicara secara lisan, peta minda tersebut harus dihasilkan dalam jangka masa yang diperuntukkan.

4.  Setiap pelajar ditugaskan untuk bekerja dalam kumpulan.  Berikut adalah kumpulan-kumpulan tersebut.

  • Kumpulan A : Hanis (Ketua), Rahim, Isa, Fareish
  • Kumpulan B : Rifky (Ketua), Sabrina, Adiel, Muneerul
  • Kumpulan C : Amirul (Ketua), Rahman, Rahul, Daanish
  • Kumpulan D : Syafiq (Ketua), Nadia, Zahin

5.  Hasil kerja kumpulan haruslah diposkan di Subjek Blog.  Entri setiap kumpulan perlulah seperti berikut :

Nama Entri : Induksi - Pemahaman (20 April)
 - dalam entri mesti dicatatkan Kumpulan ___ : (Nama Ahli Kumpulan)

Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

______________________________________________________________________


Isnin, 9 Febuari 2015

Topik  :  Bacaan

Selamat sejahtera pelajar arif budiman,

Kamu dikehendaki mengisi dapatan kamu di ruang yang disediakan.  Ia harus dibuat sebelum kelas hari Selasa, 10 Febuari.





Terima kasih.

Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

_____________________________________________________________________

Khamis, 5 Febuari 2015

Topik  :  Bacaan

Selamat sejahtera pelajar arif budiman,

Sila baca teks ini sebelum kelas seterusnya iaitu pada hari Isnin, 9 Febuari.  Kita akan bincangkannya berdasarkan pada Paul's Wheels of Reasoning.




Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan